Tempat terhad. Khas untuk bumiputera graduan Ijazah Sarjana Muda dan keatas serta berpengalaman berkaitan CISCO/Android tidak kurang dari 1 tahun dan tidak lebih dari 5 tahun.
PEOPLElogy, dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, membawakan program tajaan penuh pensijilan profesional dalam bidang pembangunan Android dan rangkaian sistem CISCO.
Setelah program selesai, anda akan mendapat gelaran sebagai Jurutera Aplikasi Bertauliah Android dengan kepakaran DevOps atau Cisco Certified Network Professional yang berprestij.
Kelebihan program pensijilan profesional:
Tingkatkan peluang pekerjaan anda dalam bidang teknikal dengan permintaan tinggi.
Majukan kerjaya anda dengan menerima latihan peningkatan kemahiran bertaraf industri.
Manfaat daripada latihan tajaan Yayasan Peneraju.
Lulus dengan pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Android dan DevOps serta CISCO.
Manfaat daripada bimbingan berterusan dan akses eksklusif kepada Komuniti Android, DevOps serta CISCO.
Hantarkan permohonan anda sekarang untuk sertai program tajaan penuh pensijilan profesional dalam bidang Android dan CISCO.
Permohonan perlu dihantar sebelum atau pada 30 April 2024. Pemohom boleh menghantar satu (1) permohonan sahaja. Permohonan berlebihan akan ditolak.
Dengan menghantar permohonan ini, anda dengan ini menjamin bahawa semua maklumat yang dikemukakan oleh anda adalah benar, terkini dan lengkap. Yayasan Peneraju/PEOPLElogy berhak untuk mengesahkan kelayakan semua peserta. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian mengenai terma dan apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan latihan ini, keputusan jawatankuasa penganjur adalah muktamad, dan surat-menyurat selanjutnya tidak akan dilayan.
PEOPLElogy (Jawatankuasa Penganjur) dan/atau Yayasan Peneraju (Penaja) berhak untuk membatalkan atau meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu. Sebarang perubahan akan disiarkan sama ada dalam terma dan syarat ini atau pada portal maklumat latihan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:
(+60) 14-515 9501 (Amalina)
I’m truly grateful for the Sponsored Android Certified Application Engineer Program. As a Senior Developer, the program elevated my skills to new heights. The comprehensive curriculum and expert guidance enabled me to create cutting-edge Android apps, boosting my career and our company’s success.
Senior Developer
The Sponsored Android Certified Application Engineer Program was a game-changer for me. The program provided invaluable hands-on experience. I gained the expertise to design innovative Android applications, propelling my career growth.
Junior Developer